Webinar Wellbeing - Sleep Apnea: Berdengkur Kuat Tapi Badan Tak Cukup Rehat
4 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 3 Julai 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar Wellbeing yang membincangkan topik “Sleep Apnea: Berdengkur Kuat Tapi Badan Tak Cukup Rehat” yang memberi fokus kepada punca, simptom, risiko serta langkah-langkah menangani masalah sleep apnea.
Sepanjang sesi berlangsung, peserta didedahkan dengan maklumat mengenai tanda-tanda sleep apnea, termasuk dengkuran yang kuat, gangguan pernafasan ketika tidur dan rasa mengantuk yang berlebihan pada waktu siang. Penceramah turut menerangkan kesan masalah ini terhadap kesihatan, seperti peningkatan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi serta penurunan kualiti hidup jika tidak mendapatkan rawatan yang sesuai.
Melalui webinar ini, peserta memperoleh pengetahuan tentang kepentingan mendapatkan diagnosis dan rawatan awal bagi masalah sleep apnea, di samping mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kualiti tidur. Program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa tidur yang berkualiti merupakan aspek penting dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: